Bangla Kaya Kau Yang Panas! Apahal? - Al-Ziyad News

Al-Ziyad News

Kerana Memberi Itu Suatu Kelebihan (Al-Ziyad)

06 Disember 2017

Bangla Kaya Kau Yang Panas! Apahal?


Siapa yang berusaha maka merekalah yang dapat! Bagi kami sebenarnya ini bukan isu orang tempatan atau pendatang asing, kebanyakkan mereka (Orang Bangladesh) yang kaya adalah mereka yang rajin, mempunyai skill perniagaan dan pandai mencari peluang.

Ramai anak muda didikan otai-otai marketing yang berjaya membuat jualan jutaan ringgit setiap bulan. Penulis blog yang kaya raya dengan pendapatan ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menggunakan blog mereka.

Mencari Rezeki Yang Halal
Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.

Yang penting rakyat kita ubah mindset mereka, dapatkan ilmu dapatkan skill dan rajin berubah untuk berjaya. Kita banyak cakap tapi tidak banyak berusaha, kita lebih suka salahkan orang lain daripada berusaha. Bila orang dah berjaya banyak lah pula fitnah yang kita lemparkan.

Lagi satu berapa banyak rakyat kita yang keluar negara untuk dapatkan duit dan gaji yang lebih tinggi? Sama saja dengan bangla yang datang ke Malaysia, tujuan utama mereka nak cari duit sebab tu mereka sanggup kerja macam kuli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan