Aku Kerja Kau Yang Rasa - Al-Ziyad News

Al-Ziyad News

Kerana Memberi Itu Suatu Kelebihan (Al-Ziyad)

06 Disember 2017

Aku Kerja Kau Yang Rasa


Pernah ke anda di dalan situasi di mana anda berpenat lelah mencari duit tambahan tidak kiralah dari pelbagai sudut yang halal tiba-tiba ada saja suara-suara sumbang yang merengek ingin merasa duit yang anda cari?

Suara-suara sumbang yang tidak akan berhenti berkata-kata sama ada di depan muka, dalam Whatsapp (Rasmi atau suka-suka). Bagaimana perasaan anda dan bagaimana anda mengawal situasi ini?

"Tabiat Suka Meminta-Minta"

Daripada ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tabiat suka meminta-minta menjadi kebiasaan seseorang daripada kamu (umat) sehingga ia menemui Allah di akhirat sedangkan mukanya tidak mempunyai daging (hina)”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber - http://www.islam.gov.my/e-hadith/414-tabiat-suka-meminta-minta

ANTARA SEBAB ORANG SUKA MEMINTA-MINTA
1. Kadang-kadang hanya suka-suka di kalangan rakan-rakan sahaja.
2. Memang memiliki tabiat suka meminta-minta.
3. Ingin merasa rezeki rakan-rakan.
Kadang kala bila perbuatan ini melebih-lebih ia mendatangkan perasaan menyampah dan marah sehingga rakan kita itu dalam keadaan terpaksa belanja untuk menutup mulut-mulut mereka.

Mungkin bagi yang meminta itu, duit yang dicari rakan itu bukan besar nilainya tapi duit itu mungkin amat berguna bagi yang mencari. Pernahkah kita terfikir kenapa ada mereka yang sanggup bekerja lebih masa untuk duit tersebut. Di sini kami senaraikan kemungkinan yang mungkin:

1. Duit belanja dapur
2. Keluarga sakit
3. Sambung belajar
4. Membeli barang idaman dan banyak lagi perkara.
Namun jika yang mencari duit lebih inginkan bersedekah, itu adalah yang lebih baik.


Sifat Sedekah dan Pemaaf
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.

(Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan