Halaman

Huawei Mate 9 Gempak

Huawei telah mengeluarkan koleksi terbaru android mereka yang diberi nama Huawei Mate 9. Mate 9 menawarkan lima (5) warna yang menarik iaitu Space Gray, Moonlight Silver, Champagne Gold, Mocha Brown dan Ceramic White. Menarik sungguhkan warna-warna model ni.

Huawei Mate 9, bagi kami ia seperti gabungan Samsung Galaxy Note 7 dan iPhone 7 tetapi dengan gaya dan reka bentuk tersendiri dari luar dan dalam. Ia menawarkan ciri mesra pengguna, kamera yang 'power', bateri tahan lama dan ketahan untuk jangka masa panjang.

Model ini menawarkan android OS 7.0 (nougat), cpu Octa-core CPU dengan i6 co-processor memang terbaik. Mate 9 dilengkapi dengan 4gb ram, sangat sesuai untuk games-games yang advance.

Yang paling menarik dengan model ini ialah kamera dia, Leica (20MP Monochrome+12MP RGB, F2.2) teknologi beb. So yang kaki kamera, yang suka fokus-fokus bolehlah usha-usha model smartphone ini. 

Bateri smartphone ni support 2 hari iaitu 4000mAH dengan supercharge, maknannya korang boleh charge cepat.


Harga untuk model ini bermula dari RM2499.00, mungkin bajet yang besar tetapi dengan fungsi dan harganya kami katakan ia sesuai.

info lanjut korang boleh check out website Huawei - klik sini


Mohd Aizat Al Hassan

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan