2017 - Al-Ziyad News

Al-Ziyad News

Kerana Memberi Itu Suatu Kelebihan (Al-Ziyad)

12 Disember 2017

Lelaki Ghairah & Bernafsu dengan Perut Ibu Hamil

9:42 PTG
Lelaki Ghairah & Bernafsu dengan Perut Ibu Hamil

Igt tak lagi kisah sejenis lelaki yg "ghairah & bernafsu" dgn bentuk perut IBU HAMIL sehingga buat kerja terkutuk yg 9bulan10hari share lalu? Mereka ni ramai & semakin bertambah =( Golongan MAESOPHILIA ni seronok berimaginasi dengan bentuk badan ibu hamil berbanding wanita biasa =( Geli baca ayat2 diorng pasal pregnant mommy ni =( Sama2lah kita lindungi aurat kita.....






credit picture : Mommy farah abd halim

Fetishisme kehamilan (juga dikenali sebagai maiesiophilia atau maieusophoria adalah konteks di mana kehamilan dilihat oleh individu atau budaya sebagai fenomena erotik. Ia mungkin melibatkan tarikan seksual kepada wanita atau orang yang hamil atau kelihatan mengandung, daya tarikan untuk menyusu, atau tarikan ke peringkat kehamilan tertentu seperti impregnasi atau melahirkan anak.

Tidak ada elemen tertentu atau pilihan dalam maiesiophilia yang biasa terjadi pada semua maiesiophiliacs. Sesetengah mungkin mengejar fantasi yang berkaitan dengan keadaan di mana subjek boleh melahirkan, atau kepada keadaan yang subjek hamil mungkin mendapati diri mereka bertindak, seperti pendekatan untuk mobiliti, tidur, dan berpakaian. Kawasan tertentu dan proses badan yang berubah semasa kehamilan juga boleh menjadi tumpuan pelaburan psikologi, tetapi kebogelan atau aktiviti seksual tidak selalu penting, dan dalam sesetengah kes kehamilan sebenarnya tidak perlu untuk merangsang keghairahan. Dalam kes-kes ini, penampilan abdomen yang diperbesar yang disebabkan oleh obesiti atau makan berlebihan mungkin mencukupi, atau semata-mata cadangan pusar protruding.
Read More

BAHANA ENF*L*C A+ TIRUAN

9:31 PTG
BAHANA ENF*L*C  A+ TIRUAN

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.

Ini bukan silap Me*d Johns*n, saya faham.

Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;

1. Mead Johnson Malaysia & pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu
2. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.

Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.

Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.


*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*

Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah2 tu, saya mandikan dia. Demam on off.

Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.

Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).

Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut.

Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan.

Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.

Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa2 alergik.

Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca.

Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah2 di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.


Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam2 ubat dekat Mikael yang masih baby.

Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa2 solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu ENF*L*C 😭

Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.


Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.

Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enf*l*c pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum😧).

Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.

Cuma nasihat saya, ibu2 yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.

Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni.

Untuk parents, kalau anak2 kita ada tanda2 macam saya sebutkan di atas, cepat2 bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak2 kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.

Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul2 discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.

dipetik dari fb Seila Nawi
Read More

08 Disember 2017

Youtube Rewind 2017! Anda perasan tak?

11:18 PTG
Youtube Rewind 2017! Anda perasan tak?
Rewind YouTube adalah siri video yang dihasilkan dan dibuat oleh YouTube dan Portal A Interaktif. Video ini merupakan gambaran keseluruhan dan rekap video, acara, meme, dan muzik setiap tahun. Setiap tahun, bilangan selebriti YouTube yang dipaparkan dalam video, serta pembentangan siri, telah meningkat. Episod terbaru YouTube Rewind dikeluarkan pada 6 Disember 2017.



Rewind pertama dicipta oleh YouTube pada tahun 2010 dan menampilkan senarai 10 teratas video YouTube yang paling popular untuk tahun itu. Pada tahun 2011, YouTube telah mula mencipta dan menghasilkan video Rewind dengan bantuan Seedwell dan Portal A Interaktif. Dari tahun 2011 seterusnya, video YouTube Rewind hanya dimuat naik ke saluran Spotlight YouTube, dengan tambahan "kandungan di belakang".
Read More

06 Disember 2017

Bangla Kaya Kau Yang Panas! Apahal?

2:53 PTG
Bangla Kaya Kau Yang Panas! Apahal?

Siapa yang berusaha maka merekalah yang dapat! Bagi kami sebenarnya ini bukan isu orang tempatan atau pendatang asing, kebanyakkan mereka (Orang Bangladesh) yang kaya adalah mereka yang rajin, mempunyai skill perniagaan dan pandai mencari peluang.

Ramai anak muda didikan otai-otai marketing yang berjaya membuat jualan jutaan ringgit setiap bulan. Penulis blog yang kaya raya dengan pendapatan ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menggunakan blog mereka.

Mencari Rezeki Yang Halal
Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.

Yang penting rakyat kita ubah mindset mereka, dapatkan ilmu dapatkan skill dan rajin berubah untuk berjaya. Kita banyak cakap tapi tidak banyak berusaha, kita lebih suka salahkan orang lain daripada berusaha. Bila orang dah berjaya banyak lah pula fitnah yang kita lemparkan.

Lagi satu berapa banyak rakyat kita yang keluar negara untuk dapatkan duit dan gaji yang lebih tinggi? Sama saja dengan bangla yang datang ke Malaysia, tujuan utama mereka nak cari duit sebab tu mereka sanggup kerja macam kuli.
Read More

Aku Kerja Kau Yang Rasa

12:37 PG
Aku Kerja Kau Yang Rasa

Pernah ke anda di dalan situasi di mana anda berpenat lelah mencari duit tambahan tidak kiralah dari pelbagai sudut yang halal tiba-tiba ada saja suara-suara sumbang yang merengek ingin merasa duit yang anda cari?

Suara-suara sumbang yang tidak akan berhenti berkata-kata sama ada di depan muka, dalam Whatsapp (Rasmi atau suka-suka). Bagaimana perasaan anda dan bagaimana anda mengawal situasi ini?

"Tabiat Suka Meminta-Minta"

Daripada ibnu Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tabiat suka meminta-minta menjadi kebiasaan seseorang daripada kamu (umat) sehingga ia menemui Allah di akhirat sedangkan mukanya tidak mempunyai daging (hina)”.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber - http://www.islam.gov.my/e-hadith/414-tabiat-suka-meminta-minta

ANTARA SEBAB ORANG SUKA MEMINTA-MINTA
1. Kadang-kadang hanya suka-suka di kalangan rakan-rakan sahaja.
2. Memang memiliki tabiat suka meminta-minta.
3. Ingin merasa rezeki rakan-rakan.
Kadang kala bila perbuatan ini melebih-lebih ia mendatangkan perasaan menyampah dan marah sehingga rakan kita itu dalam keadaan terpaksa belanja untuk menutup mulut-mulut mereka.

Mungkin bagi yang meminta itu, duit yang dicari rakan itu bukan besar nilainya tapi duit itu mungkin amat berguna bagi yang mencari. Pernahkah kita terfikir kenapa ada mereka yang sanggup bekerja lebih masa untuk duit tersebut. Di sini kami senaraikan kemungkinan yang mungkin:

1. Duit belanja dapur
2. Keluarga sakit
3. Sambung belajar
4. Membeli barang idaman dan banyak lagi perkara.
Namun jika yang mencari duit lebih inginkan bersedekah, itu adalah yang lebih baik.


Sifat Sedekah dan Pemaaf
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan Allah tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain) melainkan kemuliaan kepadanya dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan Allah akan mengangkatkan darjatnya”.

(Riwayat Muslim)

Read More